Aku, Johan menafikan sekeras-kerasnya berlaku plagiat bahan dari blog aku ke blog lain (secara tepatnya, blog Koe). Bahan-bahan di blog ini mempunyai nilainya yang tersendiri dan aku telah meneliti blog Koe, didapati tiada langsung bahan yang diambil secara terus dari blog ini dengan atau tanpa kebenaran aku. Walaupun begitu, sekiranya benar wujud penciplakan bahan dari blog ini ke blog-blog lain, sila maklumkan kepada aku dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya. Tapi pastikan anda sertakan segala maklumat yang mencukupi dan bahan bukti sah untuk membolehkan siasatan dijalankan. Terima kasih.
P/s Aku bersimpati pada Koe atas kelantangan seseorang yang menuduhnya mencuri bahan dari blog aku. Apapun Koe, let bygones be bygones..