Pages

Budak kena liwat (Harian Metro, Rabu, 1/9/2010)

Wednesday, September 1, 2010 Posted by Johan
Petikan daripada berita tersebut:

KUALA LIPIS: Tangisan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun membongkar kejadian dia diliwat seorang lelaki warga Bangladesh di belakang surau di ladang kelapa sawit Bukit Putri, Sungai Koyan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari pada 29 Ogos lalu, lelaki terbabit berusia 27 tahun yang baru dua tahun bekerja di ladang kelapa sawit berkenaan dikatakan datang ke rumah kanak-kanak terbabit dan mengajak mangsa berjalan-jalan.

Tanpa mengesyaki niat buruk, ibu mangsa yang berusia lingkungan 40-an mengizinkan anaknya mengikut lelaki terbabit pergi berjalan-jalan sebelum mangsa pulang semula ke rumahnya kira-kira setengah jam kemudian dalam keadaan bergenang air mata.

Difahamkan, mangsa yang bersekolah sekolah rendah membongkarkan segala kejahatan lelaki terbabit selepas didesak ibunya menyebabkan suri rumah itu terperanjat besar apabila mengetahui anaknya diliwat.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit.

Menurutnya, ketika di belakang surau di ladang berkenaan, lelaki terbabit tiba-tiba membuka seluar mangsa menyebabkan kanak-kanak itu ketakutan.

Katanya, ketika meliwat mangsa, kanak-kanak terbabit meraung dan menangis kerana kesakitan sebelum lelaki berkenaan menghantar mangsa pulang ke rumah setengah jam kemudian.

Abdul Razak berkata, selepas meninggalkan mangsa di depan rumah, lelaki terbabit terus menghilangkan diri sebelum ibu mangsa membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Lipis, selepas mangsa membongkar perbuatan terkutuk itu.

“Siasatan mendapati, mangsa tidak mengetahui niat sebenar lelaki terbabit selepas dipelawa mengikut berjalan-jalan sebelum dibawa ke belakang surau di ladang berkenaan.

“Berikutan laporan ibu mangsa, sepasukan anggota polis dari IPD Lipis kemudian menahan lelaki terbabit ketika sedang berehat di kuarters ladang berkenaan kira-kira jam 1 petang, kelmarin,” katanya, semalam.

Menurutnya, ketika soal siasat, lelaki terbabit mengakui membawa mangsa ke belakang surau berkenaan sebelum melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Renung-renungkan dan selamat beramal"
Labels:
  1. Bangla yang gila seks!

Post a Comment