Pages

Kids' say..

Saturday, January 29, 2011 Posted by Johan
Dialog yg diedit oleh aku dari satu sumber yg amat aku minati. Kalau korang pernah jumpa, xpe la.


Aku: Siapa Hady , Siapa Haziq ?
Berpandangan, masing-masing tersenyum malu. Malu untuk memulakan perbualan.
Hady: Kita Ady, dia Aziq!
Aku: Oh ye ke, tak de bezanya pun.
Tersenyum lagi. Tetapi Hady menunjukkan tahi lalat di telinganya. Mahu menjelaskan perbezaan mereka.
Aku: Oh (tersenyum geli hati). Mana abang, mana adik?
Hady: Kite abang, dia adik kite.
Aku: Ohh, abang Hady selalu buli adik?
Hady: Tak penah. Kacau-kacau sikit je.
Aku: Peksa (peperiksaan) nombor baper?
Tersengih menunjukkan gigi hitam berkarat. Dua -dua malu lagi untuk menjawab.
Hady: Nombor 3 dan 4. Bapak kata, tak kira nombor. Jangan pikir peksa. Belajar je betul-betul.
Aku: (rasa kagum akan pendirian bapa Hady dan Haziq). Siapa dah ada awek? Hady ke Haziq?
Ketawa berdekah-dekah. Geli hati agaknya mendengar soalan itu. Hady dan Haziq menggelengkan kepala.
Hady: Mana ade. Kite kecik lagik. Belum sunat pun lagi.
Haziq: Sunat dulu baru lah boleh kawin, tu bapak kite kata.
Aku terus ketawa besar tanpa menahan lagi. Ketawa aku itu menganggu perhatian terhadap majlis yang diadakan pada ketika itu. Kids always say the darndest things! How cute!
Labels:
  1. Apa sumber tu, Johan? Care to share? hehe

  2. i don't think so for now.. sorry.

Post a Comment